BERMULA DARI KEPERCAYAAN
Sebelum
menyentuh tentang alam ghaib dan makhluk halus, ada baiknya kita sentuh
dulu tentang kepercayaan ini. Pada masa silam, masyarakat kuno apabila
bercakap tentang asal-usul, kewujudan, penampakan, gangguan dari
makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat hanya berdasarkan ratio
masing-masing. Kalangan bawahan akan mempercayai cerita leluhurnya
dengan penuh percaya, cucu dengar cerita datuk, atau nenek tentang
makhluk-makhluk ini.
Institusi
tertinggi pada zaman dahulu adalah apa yang dinamakan sebagai pawang,
jawatan pentingnya adalah Pawang Diraja. Ia menduduki tempat yang
tertinggi sehingga ucapannya dipercayai, diyakini dan menjadi pegangan
rakyat kebanyakan. Bahkan ulama pada ketika itu "enggan" mengulas
penggunaan ilmu yang tidak wajar ini untuk mengubat penyakit. Ketika itu
mereka pun tidak pernah menyebut ruqyah syar'iyyah. Ilmu
tentang ini masih menjadi rahsia kepawangan dan perdukunan. Ilmu yang
benar belum disisihkan dari kekarutan dan kekurafatan dalam tindakan.
Di zaman silam, tukang ramal, tukang tenung mendapat kedudukan yang istimewa. Sedangkan kalau mengikut ucapan Nabi SAW, "Sesiapa
yang menemui tukang tilik atau tukang tenung, lalu bertanya kepadanya
sesuatu perkara maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam." (HR.Muslim).
Di
zaman moden ini, tukang ramal termasuk Tuk Sami Siam pun dipergunakan
oleh orang tertentu, mengiklankan konon si fulan dan si fulan telah
memenangi hadiah pertama angka ramalan tepat. Difotostat tiket
kemenangan itu (sedangkan ia boleh dipalsukan dengan cara tampalan, kata
yang bijak tentang ini, mereka boleh baca codenya pada tiket asli atau tidak).
Mengenai
kisah makhluk ghaib tadi, ia adalah bawaan dari orang tua. Menuturkan
kisah kepada anak-anak dan cucunya dengan tujuan tertentu.Kisah itu
kemudian diceritakan kepada orang lain pula, dan lama kelamaan ia sudah
menjadi budaya yang merakyat. Seluruh perkampungan mengetahui kisah yang
pernah dituturkan. Pencerita yang asal tidak diketahui. Pencipta asal
yang pemunya hakcipta membuat kisah untuk memberi ibarat kepada orang
yang mendengarnya. Seperti juga kisah-kisah perumpamaan di dalam
al-Quran tentang umat-umat masa silam.
BUKAN GHAIB SEBENAR
Kisah makhluk ghaib yang diceritakan orang bukanlah suatu gambaran menunjukkan pencerita itu mengetahui alam ghaib. Tidak ada sesiapa tahu alam ghaib, kerana manusia biasa tidak boleh memasuki pintu alam ghaib. Justeru itu kebanyakan cerita lama, baik berupa mitos, legenda, asal-usul, dongeng rakyat dan sebegainya tidak bertolak dari premis sumber rujukan. Mereka tidak merujuk kepada al-Quran, hadis sahih dan hasan, serta tidak mengaitkan dengan fitrah kejadian alam.
Apabila
dikatakan makhluk ghaib, sesungguhnya manusia pun tidak pernah menemui
sosok makhluk ghaib itu. Istilah ghaib bukan suatu gambaran bahawa
pencerita telah mengetahui hal ghaib. Ia hanya bersifat persangkaan,
cerita, rekaan, fiksyen dan ilusi sahaja. Gambaran tentang penampakan
makhluk halus bukan sesuatu yang objektif. Bergantung kepada siapa
penampakan itu diperlihatkan. Bentuk, keadaan atau ciri-ciri makhluk itu
tidaklah sama penampilannya. Lain orang, lain pula kisahnya. Jadi, yang
disebut sebagai perkara ghaib itu bersifat nisbi. Penampakan tidak akan
mengunjungi atau dialami oleh orang yang lidah basah dengan zikirullah.
Dan hanya orang yang lalai, atau cenderung kepada hal-hal demikian yang
diberikan penampakan dan hudhuri.
Ingatlah, "Katakanlah
(wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di muka bumi ini atau di
langit yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT." (an-Naml: 65).
Berdasarkan
ayat tersebut, apabila seseorang menceritakan tentang hal keghaiban, ia
bukanlah perkara fakta. Nama-nama jin atau penampakan yang orang sebut
itu tidak lebih sebagai cerita rakyat dalam kategori mistik hantu
misteri. Nama-nama ini sudah masyhur di kalangan masyarakat. Ia cerita
rakyat dalam kategori mistik hantu atau mistik penampakan. Lain tempat,
lain pula nama hantu atau penampakannya. Lain orang, lain pula cerita
kepercayaan mereka. Ini kita perlu fahami. Kita dapati nama-nama makhluk
misteri yang terkenal di sesuatu tempat belum tentu dikenali di tempat
lain. Atau sifat makhluk yang sama, tetapi mempunyai nama yang berbeza.
Jadi
apabila menyentuh tentang nama-nama hantu atau jin seperti yang akan
saya paparkan nanti, bukan bererti saya mengetahui ilmu ghaib. Saya
hanya memaparkan setelah menyari berbagai kepercayaan masyarakat yang
sudah mendominasi pemikiran sejak zaman silam. Itupun tidak semua dapat
dijangkau. Semua ini kerana kesan daripada pengaruh agama kuno yang
pernah menguasai seluruh bumi Nusantara sebelum kedatangan Islam. Jadi
masalah ini perlu juga dilihat dari aspek sosiobudaya, psikososial dan
sosiologi.
PENDUSTA
Pada masa silam di zaman Nabi SAW sudah ada kumpulan manusia yang menjadi tukang dusta, mereka itulah yang kemudian digelar kuhhan atau kahin (dukun), mereka juga mahir dalam meramal lalu dipanggil tukang ramal (arraf); di zaman moden ini nama itu sudah bertukar menjadi paranormal, orang pintar (orang arif) ahli hikmah dan sebagainya untuk melembutkan pandangan negative masyarakat terhadap mereka. Label sahaja yang ditukar, tetapi pengamalan masih sama tanpa improvisasi, atau kata yang popular sekarang transformasi!
Pada
masa Nabi SAW dulu, sudah ada orang yang mengaku boleh berkomunikasi
dengan jin bagi mengetahui hal-hal yang misteri dan mistik.Orang yang
berdusta ini layak diperangi kerana mereka melakukan sesuatu tidak
berlandaskan ilmu yang benar, tidak mengikut petunjuk atau dalil syarak.
Dengan sebab itu baginda diperintah oleh Allah SWT memberitahu kepada
orang-orang yang terlibat dengan perkara ini, "Katakanlah! Tidak ada yang boleh mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65).
Yang
mengetahui perkara ghaib hanya Allah semata. Justeru ghaib apa yang
orang bicarakan di mana-mana sekarang terutama oleh kalangan bomoh dan
dukun?Apabila seseorang yang mengaku orang pintar atau dukun, kemudian
menceritakan perkara-perkara yang tidak jelas berupa keghaiban, ia
adalah pendustaan, hanya sekadar cerita dongeng dari leluhur; kalau
jurukunci sesuatu tempat, mereka dapat cerita daripada jurukunci
sebelumnya. Rantaian cerita itu berterusan sejak zaman silam hingga
sekarang. Jika ditokoh-tambah pun orang tidak sedar. Seperti cerita
rakyat. Adalah hak rakyat untuk bercerita. Tidak ada panduan mengatakan
cerita itu begini dan begitu.
Contoh kisah Si Tenggang, Si Lancang atau Malin Kundang.
Kisah ini adalah mengenai anak yang derhaka kepada ibunya setelah kaya
raya. Kaya raya pada zaman dulu ukurannya berbeza dengan kaya raya
sekarang. Tetapi kisah ini masih relevan dengan citra masyarakat moden.
Banyak kejadian derhaka ini. Tetapi masyarakat sudah dibius dengan
derhaka kepada raja dan Negara sahaja. Perlu pembetulan ya syeikh!
Bomoh moden atau paranormal hari ini ada yang menggunakan ilmu puter giling, konon untuk memanggil pulang orang yang minggat atau lari dari rumah. Tetapi bagaimana kalau kanak-kanak hilang kerana dicolek atau dilarikan seseorang. Mampukah ilmu puter giling
menyelesaikannya? Sejauh ini kehilangan kanak-kanak di Malaysia tidak
ada kaedah yang jitu untuk mengesannya. Justeru pihak polis bukanlah
tempat untuk menyelesaikan masalah pencarian, juga bukan pada
paranormal. Ada orang menyindir, pihak ini hanya dapat mengesan
"pengganas" dan makhluk yang bahaya mengikut tafsiran tertentu.
Mengikut
kajian Islami, bomoh atau dukun mengetahui hal ghaib hanya setelah
diberitahu oleh jin-jin. Perkara akan datang mereka tidak mengetahui
sekiranya tidak diberitahu oleh jin yang mencuri dengar ucapan para
malaikat. Ucapan itu kemudian ditokok-tambah untuk menaikkan imej
tugasannya selaku tukang ramal.
Apabila
dikatakan sebagai bomoh atau dukun, masyarakat tidak dapat bezakan
secara jelas latar belakang mereka kerana penampilan yang berwatak
ustaz, orang pesantren, orang padepokan, ahli hikmah, perubatan
tradisional, dan sebagainya, orang tidak kenal. Tidak hairanlah, di
samping menjadi pengamal perubatan Islami, mereka juga menyodorkan batu
hikmat, cincin yang berguna, kayu-kayu hikmah atau teras, tasbih
penyembuhan, atau memberikan berbagai ajian yang perlu dipuasakan,
dipati-genikan, ada pula mutih, negepel, ngasrep, wungon, tapa jejeg,lelono, kungkum dalam air dan macam-macam ritual campur mantera beragam (campur bahasa).
Memang dari dulu lagi sudah ada peringatan keras. "Barangsiapa
yang menemui bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu kata, maka
kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW."
(HR.al-Bazzar, sanadnya kuat. Kata Albani ia sahih). Berapa ramai orang
yang tergiur dengan ucapan golongan ini, mempercayai kata-kata mereka,
seterusnya mendapatkan khidmatnya. Begitu proses jebakan angkara syaitan
ini terlalu indah. Sesuatu yang cela kalau diberi label baru dengan
nama yang indah akan mempesonakan orang lain.
Para
dukun sebenarnya bergelumang dengan dunia sihir. Ia adalah gabungan
seseorang dengan syaitan. Syaitan bekerja untuk tukang sihir asalkan
kehendak syaitan dipenuhi. Dukun hanya perantara, diberi upah untuk
mengenakan seseorang secara sihir. Kerja mengenakan orang ini akan
membawa fitnah yang bahaya kepada msyarakat. Mereka adalah perantara,
melakukan sihir hanya kerana ada imbalan, meskipun menyedari bahawa
perbuatan itu akan menuai dosa.
Termasuk
dalam bab kesihiran ialah minyak pengasih untuk memikat, bedak
pengasih, tangkal pengasih, azimat pengasih, aura pengasih, menelan
kapsul pengasih, dan berbagai lagi kaedah pengasih moden, selain
pengasih duit berjuta. "Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik." (HR.Ahmad dan Abu Dawud).
Produk
yang dianggap tangkal, pada masa sekarang sudah berubah dalam bentuk
cincin, rantai, gelang tangan, tasbih kayu kokka, minyak zafaran juga
dipercayai member kebaikan yang luar biasa. Perlu dicatat minyak zafaran
dan apel jin biasa digunakan oleh dukun "tarik duit" kerana aroma
mistiknya boleh mengundang makhluk. Entahlah!
Dosa
syirik dari perbuatan sihir ini tidak jelas, sebab itulah masyarakat
pada umumnya lebih kecoh melihat orang berkhalwat, tetapi senyap jika
ada bomoh ramalan nombor ekor dikunjungi ramai orang. Masyarakat sibuk
ada orang berzina, tetapi lupa kepada dosa syirik. Syirik tidak
diampunkan Allah, sedangkan dosa selainnya diampunkan Allah, "...bagi barang siapa yang dikehendaki-Nya..."
"Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa
yang selain daripada syirik itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.
Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat
dosa yang besar." (an-Nisa:48).
Berbaur
dengan kepercayaan masyarakat terhadap makhluk yang digelar hantu tadi,
mulalah ia melarat-larat hingga mempercayai kelebihan sesuatu. Ini
telah merasuk jiwa Melayu sejak mutakhir ini. Kemistikan semakin meraja
di hati. Mungkin orang tertanya-tanya, benarkah? Buktinya, orang moden
masih terkicuh untuk mencari benda-benda mistik, geliga lipan, geliga
ular, geliga kala jengking, geliga lelabah, mustika kepompong, manakala
keris pula dengan berbagai nama gelaran yang mistik, ada keris Majapahit
di Malaysia, keris Sriwijaya, keris tarik duit, keris picit (siapa Mpu
yang membikinnya?), keris besi kuning, dan berbagai lagi.
Kemudian
dalam bab kayu, ada kayu teras kilo, teras gemunggal, kemuning hitam,
kayu tas, kayu bertam, kayu gaharu asli, kemenyan Puteri Gunung Ledang,
Cik Siti Wan Kembang atau Puteri Saadong, kalau di Jawa mengaitkan
kepada Ratu Kidulnya. Paparan ini belum menyeluruh sebenarnya. Banyak
perkara yang tidak tergapai hendak dibeberkan semuanya.
MAKHLUK HALUS
Kata orang pelan-pelan, alon-alon asal kelakon! Paparan ini merujuk kepada laman web lainnya dengan penambahan bahan. Kita mulakan kisah kepercayaan kepada makhluk halus ini. Masyarakat yang tinggal di sekitar sungai, kuala sungai, tasik, hutan simpan, jambatan dan gunung masih percaya akan adanya mahkluk halus yang tinggal di hutan-hutan, mata air, batu besar, pohon besar, kawah, dan puncak gunung. Sama juga ada orang percaya bahawa Puteri Gunung Ledang itu masih ada di gunung itu, sudah beranak pinak, dan keturunan mereka tetap menggunakan gelaran Puteri Gunung Ledang (PGL).
Di
tempat kita, tidak ada gunung mistik yang hebat-hebat kerana tidak ada
pengaruh "wedhus gembel" seperti di Jawa, tidak ada pelepasan amarah
gunung dengan memuntahkan lahar atau lumpur panas. Namun, orang kita
masih suka pergi panjat Gunung Jerai kerana urusan keilmuan mistik. Ada
yang panjat Gunung Datuk, panjat Gunung Senyum, Gunung Ayam, Gunung
Korbu, anehnya tidak ada pula kemistikan besar di Gunung Kinabalu dan
Gunung Tahan.
Apa pun, gua-gua
pula yang menjadi tumpuan orang, termasuk Gua Tempurung, Gua Langsuir,
Gua Ikan, Gua Yunus dan bermacam gua lagi. Seperti juga perigi tujuh di
Langkawi dan di Kuala Selangor, ia dikaitkan dengan perigi milik puteri
kayangan. Di Jawa pula kisahnya lain, penduduk sekitar Gunung Merapi
yakin bahawa puncak Merapi itu adalah istana mahluk halus seperti orang
Melaka percaya ada istana PGL di Gunung Ledang.
PASAR HANTU
"Pasar bubrah" adalah pasarnya bangsa mahkluk halus, keadaannya sama seperti pasar malam kita. Bahkan sesiapa yang hendak cari duit dari alam mistik misteri, boleh jual satey gagak di kawasan perkuburan atau tempat yang disyaki ada penghuninya. Sudah ada orang mencuba jual satey gagak, secucuk satey gagak berharga RM100 atau RM50. Kenapa mahal hingga mengalahkan satey Wak Samuri Kajang? Fikirlah, bukan senang hendak tangkap gagak, daging gagak buat satey. Bukan senang hendak sembelih dan memasaknya, nanti apa kata jiran-jiran? Lagipun namanya "tarik duit" kalau jual satey secucuk RM1.00 apa yang mereka dapat. Ini projek mi segera, tengah malam jual, pagi sebelum subuh balik dah bawa seguni duit. Begitulah kisah dongeng persugihan karut yang meskipun karut, masih ada orang ingin mencuba untuk tunjuk keberanian berdepan dengan syaitan yang gentayangan. Jangan ada orang buat filem SATEY GAGAK sudahlah.
GERBANG MISTIK
Berbalik ke Jawa, ada nama tempat dipanggil Batu Gubug di Gunung Merbabu, konon ia adalah pintu gerbangnya bagi sesiapa yang hendak menuju ke sebuah kerajaan mistik. Tentang pintu gerbang ini, tidak ada siapa nampak pun, ia hanya kepercayaan seseorang terutama jurukunci di sesuatu lokasi. Sama juga dengan pintu gerbang ke istana Ratu Kidul, tidak ada sesiapa melihatnya, kecuali sesiapa yang sudah ditransformasikan (macam projek kerajaan Malaysia pulak!) sehingga boleh meraga sukma ke kerajaan ghaib di Laut Selatan. Tidak pula kita dengar di Gunung Ledang itu ada gerbangnya. Gerbang ini hanya simbolik sahaja, tidak mesti ada pintu gerbang. Nanti jadi seperti kisah Bandung Bondowoso mengadu kekuatan pikul pintu gerbang hanya untuk memikat puteri cantik. Sayembara gila ini aneh-aneh, tetapi sudah merakyat untuk dikaitkan dengan candi-candi yang ada. Nanti ada legenda, asal-usul menara kembar KLCC, konon pada zaman dahulu ada sayembara untuk merebut kekuasaan politik. Menara itu harus disiapkan dalam tempoh tertentu. Atau legenda memeindahkan KLCC ke Kampung Bharu. Misal sahaja, jangan anggap benar atau mengarut dan mencarik adat.
Rupa-rupanya
sayembara ini pun menarik juga. Di Gunung Ledang, tidak ada sayembara,
tetapi diuji dengan dunia logika oleh Nenek Kebayan. Kalau kamu mahu
pinang puteri yang cantik di gunung ini, kamu perlu memenuhi syaratnya.
Dengan lagak bodoh sombong, wakil sultan mengatakan sanggup. Ini tak
masuk dek akal. Itulah yang dikatakan logik ke tidak? Orang Yunani
terkenal dengan sejarah logiknya, mereka ada kemahiran di bidang
analisis, organisasi pengetahuan dan strategi hujahan. Mereka konon
minat juga dalam soal sintaksis dan semantic bahasa. Siapa yang tidak
kenal dengan nama Socrates, Plato dan Aristotle.
Alangkan
hendak buat jambatan batu pun tak mampu, ini nak buat jambatan emas dan
perak. Ketika ekonomi gawat, ramailah orang bawa guni, pahat dan tukul
untuk menarah jambatan itu. Semua orang pakat pergi Melaka atau Johor
untuk mengupas kulit perak dan emas di tiang jambatan mewah di seluruh
dunia yang terdapat di Melaka, negeri bersejarah.
Puaslah
pihak kerajaan negeri mengupah pengawal keselamatan di setiap tiang
emas atau tiang perak yang ada. Ia menjadi barang pelancongan. Datang ke
Melaka sama seperti melawat Malaysia. Jangan lupa saksikan jambatan
emas dan jambatan perak yang paling hebat di dunia. Inilah keajaiban
dunia yang masuk dalam buku rekod.
Tidak
terfikir pula kenapa kerajaan kita tidak mahu teruskan projek mewah PGL
ini. Kalaulah ada jambatan itu, nescaya banyaklah peluang kerja kepada
rakyat. Menjaga setiap tiang emas dan perak pun satu kerja. Habis juta
atau billion untuk menjaga khazanah PGL itu. Darah anak raja boleh
sediakan bila-bila masa, membunuh orang senang sahaja, air pinang, hati
kuman tu susah sedikit, puaslah Pusat Penyelidikan Perubatan di Jalan
Pahang membuat kuman tiruan untuk dapatkan hatinya dibawa ke Melaka.
Nyamuk pula? Bagaimana nak sisihkan organ nyamuk tu. Hati nyamuk ini
umpama orang yang berhati nyamuklah. Begitu juga kuman simbolik kepada
orang yang hatinya berkuman. Itulah cerita masa silam. Kalau diteruskan
juga, tentulah ada lagi legasi indah yang menyebabkan Negara kita harum
di Antartika dan di Artik. Itulah legenda yang menggambarkan betapa
cerdiknya jin-jin memperdaya manusia. Kisah sayembara oleh puteri cantik
di Jawa pun ada kaitan dengan perdaya jin ke atas makhluk jin. Jin
sesama jin.Zaman dulu mana ada pusat kajian ini semua. Jadi, siapa yang
cerdik? Nenek kebayan atau Sultan Melaka?
Kita
jengah kisah di puncak Gunung Gede pula, konon terdapat tanah lapang
yang luas di atasnya, pendaki yang berkhemah di hujung minggu di sana
sering terdengar derap kaki kuda misteri atau melihat istana misteri. Ia
hanya berupa penampakan sahaja. Kisah derap kaki kuda dan istana ini
adalah gambaran di Jawa. Gambaran seperti ini tidak wujud di Malaysia,
kerana kita tidak ada kereta kuda atau kencana (Kencaha Dewi adalah,
pelakon komedi itu).
Di Ranu
Kumbolo dekat Gunung Semeru pula ceritanya lain, para pendaki yang
berkhemah sering melihat hantu wanita muncul dari tengah tasik.
Peristiwa-peritiwa ghaib sering dialami para pendaki hampir di seluruh
gunung-gunung yang terkenal dengan keangkerannya. Para pendaki sering
diingatkan oleh masyarakat setempat, petugas, mahupun peraturan yang
jelas-jelas berisi pantang larang yang berkaitan dengan makhluk halus
dipercayai penghuni gunung. Perempuan cantik ini juga dikatakan pernah
muncul sesekali di Gunung Ledang, Gunung Jerai dan Nenek Mukut, Tioman.
Tunjuk muka sahaja, bukan nak menggoda sesiapa. Begitupun ada jantan
yang tergoda dengan kecantikan jin-jin itu. Tenggelam di lautan
asmaradana. Berangan-angan kahwin dengan Sang Puteri.
"Pintu
gerbang" sentiasa ada di mana-mana termasuk di puncak Merbabu. Untuk
mendaki Gunung Agung di Bali pendaki dilarang membawa daging lembu.
Masak kari ke atau rendang, semuanya tak boleh. Pantang kata orang.
Beberapa peraturan mistik di gunung yang umum berlaku misalnya pendaki
wajib minta izin ketika melalui tempat-tempat tertentu, atau ketika mahu
beristirahat, mahu kencing. Pengaruh pantang larang inilah yang
menyebabkan orang terlanjur berkata: "Tuk cucu nak tumpang kencing! Tuk
cucu nak lalu!" Kesannya berpanjangan. Pergi ke mana-mana tempat yang
asing, akan menyelinap keseraman internal. Ada pula yang dilarang
memakai baju warna merah atau hijau (seperti di Laut Kidul), dilarang
mendaki bagi wanita haid. Larangan mendaki Gunung Sundoro pada hari jawa
Wage dan Selasa Kliwon pun dipatuhi begitu juga larangan mendaki gunung
Agung pada hari kebesaran agama (Islam).
Upacara
"labuhan" Gunung Merapi misalnya terpulanglah nak percaya atau tidak,
seseorang pendaki yang sopan perlu menjaga tingkah laku. Tidak boleh
sombong, cakap besar dan sebagainya. Kata orang, tidak ada salahnya kita
menghormati kepercayaan masyarakat setempat, bagi menghindari perkara
yang tidak diingini. Akibat buruk yang terjadi biasanya, pendaki akan
sesat, kehilangan arah sehingga akan berpusing-pusing di situ juga tak
jumpa jalan keluar,atau akan kesurupan, akan berjumpa dengan hal-hal
yang aneh, malah sehingga berlaku kemalangan.
Sebenarnya
rasa gerun terhadap sesuatu lokasi, baik hutan, air terjun, tasik dan
sebagainya setidak-tidaknya telah menyelamatkan alam sekitar. Jika
tidak, anak-anak muda akan menggunakan lokasi sunyi itu sebagai tempat
merendek, melakukan maksiat. Dalam bab ini ada kisah mistik lain lagi,
konon makhluk bernama peri, atau hantu yang menyamar perempuan cantik
itu, adalah lahir daripada perbuatan zina pasangan muda di tempat-tempat
sunyi begitu. Konon, mengikut kepercayaan perdukunan kuno, air yang
tertumpah di tempat maksiat itu akan dikutip oleh puteri-puteri itu,
atau makhluk jin ini menumpang sekali melakukan zina untuk mendapatkan
sperma dari pezina. Betul atau tidak wallahu a'lam. Ini hanya
kepercayaan. Jangan anggap ini sebagai dua campur dua jadi empat. Ini
kisah dua campur dua jadi lima!
Akan
tetapi siapa yang membaca HIKAYAT SIAK (1992), ada cerita pelik, di
mana Encik Apung (perempuan) telan menelan manikam(air mani) Sultan
Abdul Jalil Syah, hasilnya dia hamil dan melahirkan anak bernama Tuan
Bujang yang dibesarkan di Pagaruyung, Sumatera. Kisah ini mungkin suatu
penghindaran penulis buku ini supaya tidak mengisahkan perbuatan mesum
mengadakan "oral seks" di antara Sultan dengan perempuan dari Sumatera.
Muhammad Yusuf Hashim yang menyelenggarakan buku hikyat ini tidak pula
menerangkan kekarutan itu.
Berbalik
kepada cerita gunung tadi, rasa takut telah melindungi beberapa hutan
dari gangguan manusia, di antaranya hutan-hutan di Gunung Halimun yang
angker, Gunung Slamet yang wingit, Gunung Penanggungan yang suci, dan
Gunung Batukuha, dibandingkan hutan lainnya yang tidak dianggap angker.
Hutan di Malaysia tidak pula dianggap angker atau menyeramkan. Hutan di
tepi jalan Kuala Lipis ke Gua Musang, istimewanya dekat Bukit Tujuh
adalah tempat tinggal Nenek Kebayan. So, sesiapa yang memandu seorang
pada waktu tengah malam, hati-hatilah. Kalau ada nenek kebayan berdiri
di tepi jalan sebelah kiri, stoplah, beri nenek tu tumpang. Hantar ke
mana dia nak pergi. Mana tahu, sebab sahabat saya pernah dapat harta
karun sebesar busut pemberian dari nenek ini. Busut itu dibelah-belah,
ada gelang emas, ada batu permata, dan macam-macam lagi. Saya pun sempat
tengok emas di dalam busut anai-anai itu. Pelik tapi benar. Tidak
tahulah sekarang (2011 Mei), nenek masih ada di situ lagi atau sudah
pindah. Kalau dah pindah, jangan harap nak jumpa nenek tu. Bagi yang
kaki harta karun, memang mengharap nak jumpa nenek. Ini kisah benar dan
saya pernah menulis kisah ini siap dengan foto busut dan emasnya sekali (Mingguan Misteri, Media Terkini dua tabloid kemisterian terbitan Malaysia).
Di
Tasik Kenyir, Tasik Dayang Bunting, Tasik Bera, Tasik Cini, Tasik
Merah, Tasik biru Kundang, Tasik Paya Bungor (teringat Aripin Said
Pahang dan Aminuddin Mansor) pun ada penampakan tertentu. Ada orang yang
pernah bertemu dengan penampakan itu. Di tengah danau Ranu Kumbolo
konon, terutama pada waktu tengah malam bulan purnama, sering muncul
penampakan Dewi Penunggu danau, yang berupa gumpalan kabut tebal yang
berputar-putar dan berubah menjadi seorang wanita. Pelukisan ini
menyebabkan di dalam filem atau drama misteri diperlihatkan gumpalan
asap, kabus dan kemudian seberkas cahaya untuk menimbulkan kesan lalu
muncullah lembaga berpakaian serba putih. Gaya perfileman ini sudah
klise dan masih digunapakai oleh sang sutradara. Nanti Ahmad Idham atau
Mohideen pun nak buat teknik begini.
MENGENAL MAKHLUK HALUS
Mahkluk halus menurut kepercayaan masyarakat Jawa, ada di mana-mana gunung apa lagi kalau dianggap angker. Ada berbagai penampakan di sesuatu tempat, yang popular adalah penampakan roh leluhur atau nenek moyang. Ia adalah roh semua orang yang sudah meninggal dunia. Sekelompok orang percaya bahawa sebaik manusia meninggal dunia, jiwanya akan melayang-layang di atas rumahnya selama empat puluh hari. Agaknya, ini yang menyebabkan mereka buat tahlilan hingga beberapa hari. Sudahlah menerima musibah, kena buat kenduri lagi, mana nak cekau duit? Orang kaya raya taka pa, bagaimana yang miskin. Kalau tidak buat kenduri nanti dikata tidak ikut adat, bahkan yang tak faham mereka fikir tidak islami. Nah, berbalik kepada roh tadi, setelah itu roh atau jiwanya akan mendiami sesuatu tempat. Bagaimanapun orang percaya bahawa roh leluhur itu bersifat baik dan akan menjaga anak cucunya.
Satu
lagi yang mistik dan mistis ialah apa yang dinamakan sebagai
"dhanhyang" iaitu mahluk halus yang tertinggi dan biasanya menghuni
kawasan gunung, sumber mata air, sungai, kampung, simpang tiga atau
bukit. Mahluk halus ini bersifat baik dan suka menolong manusia.
Dhanhyang seringkali dianggap sebagai "roh pelindung." Setahu saya, ada
orang percaya bahawa leluhur ini biasanya adalah orang yang telah
membuka kampong pada masa silam. Dia sebagai peneroka asal akan
"memantau" secara ghaib, hanya orang tertentu yang mempercayai kehadiran
dan kewujudan "dhanhyang" ini. Ia dianggap sebagai penaung, pemayung
penduduk setempat. Nenek moyang akan menjaga cucu dan cicitnya.
Ada
nama hantu lain iaitu demit. Ia adalah roh sakti yang tinggal di
tempat-tempat angker yang biasa disebut punden, seperti bekas candi
kecil, tokong atau kuil lama, pohon beringin, pokok ara, pokok kekabu,
makam tua (saya pernah berada di makam tua ini pada waktu sebelum
maghrib untuk mengambil panorama seram di situ, perkuburan Kristian yang
ada kaitan dengan Francis Light) mata air yang tersembunyi, batu besar,
dan sebagainya. Demit ini konon boleh menolong orang susah. Bagi yang
kaki tarik duit atau nombor empat digit, demit diseur dan kemudian
diminta sesuatu kepadanya. Bagaimana prosesnya, bayangkan sendirilah.
Skripnya tak tertuliskan. Orang yang mengemis bantuan demit biasanya
meminta kekayaan, kesihatan, kesembuhan, keturunan, keselamatan dan
pengasihan. Apa ni? Mengarut betul, khurafat dan syirik. Begitulah
kepercayaan orang di berbagai tempat sebagai upaya kita mengenal system
kepercayaan yang pelbagai. Hendak memerangi mereka ini perlu
berhati-hati. Nanti mereka anggap kita kuwalat. Hanya kerana makhluk
yang tak tentu rupa itu ada orang mengadakan kenduri, makan nasi
tumpeng. Ingat, nasi tumpeng ini ada kaitan dengan sajian untuk makhluk
yang itu. Nak makan nasi tumpeng, makanlah, jangan fikir sajian itu dan
ini.
Menyebut tentang sajian ini,
saya hendak sentuh sedikit. Di Perak pada zaman dahulu mereka selalu
mengadakan upacara korban haiwan, kepala haiwan dinaikkan ke balai
gambang, ada alat bunyi-bunyian dan gendang dibunyikan. Ada ritual
tertentu menyeru jin sungai, jin hutan, jin udara, dan berbagai lagi.
Semua ini dianggap mambang semuanya. Dari hulu Sungai Perak hingga ke
kuala sungai, balai gambang itu dikayuh. Di muara sungai, kepala haiwan
dilepaskan untuk member sajian kepada segala macam mambang. Macam kisah
P.Ramlee. "Hey! Mambang...merah, mambang putih, mambang hijau..."
Di
Perak pada zaman silam (zaman Sir Frank Swettenham[1850-1946] orang
putih ini telah menceritakan bagaimana adat berhantu dilakukan untuk
mengubat raja. Adat berhantu ini katanya adalah perbuatan menyeru
syaitan, atau melakukan sesuatu yang boleh dikatakan serupa dengan
ritual yang dilakukan oleh ahli sihir di Eropah sana. Orang putih ini
pun bijak mengulas, dia kata, adat berhantu ini adalah saki-baki dari
zaman gelap sebelum Islam dan alim ulama membencinya, akan tetapi mereka
kena berhati-hati hendak komen sebabnya "...sebilangan kalangan atasan
pun mengamalkan ilmu hitam." ( dalam Perihal Orang Melayu/Malay Sketches
(2007:121). Pawang diraja masa itu seorang wanita bernama Raja Ngah,
seorang kerabat diraja. Ketika menyetu hantu, dia menggunakan bahasanya
yang Swettenhem tak faham. Tetapi orang putih itu memahami bahawa Raja
Ngah telah menyeru supaya hantu itu turun dari gunung, naik dari laut,
keluar dari dalam tanah, turun dari udara semata-mata untuk meringankan
kesakitan raja. Pawang ini pun terpaksa menurun sehingga dia rebah
terkapar, sementara pengiring yang ada menyanyikan lagu-lagu mengikut
adatnya. Mungkin macam teater Ulik Mayang kelakuannya lebih kurang.
Kata
orang putih itu, setiap negeri dipercayai ada semangat atau jinnya.
Setiap daerah pun ada. Kiralah sendiri di Perak ada berapa daerah.
Sesiapa yang semak indeks dalam buku The History of Perak, ada
senarai nama jin yang cukup ramai (dulu saya pinjam buku dari Raja
Mukhtaruddin Raja Muhammad Dain, bekas pensyarah Universiti Malaya). Di
Perak kata orang putih ini, ada empat jin utama, iaitu JIN KERAJAAN yang
dikenali sebagai Junjung Dunia Udara, Maya Udara, Mahkota Diraja Jin
dan Sutan Ali. Ke empat jin ini dikenali sebagai Jin Arwah. Konon jin
ini menjadi pengawal kepada sultan dan Negeri Perak. Di Perak pada masa
silam banyak jin yang disebut orang. Siapa perkenalkan jin ini? Tidak
lain, pawing diraja tadi. Ketika dia menyeru, dari balai gambang pun
kedengaran suara seruannya. Maka terkenallah nama hantu Sungkai (agaknya
ada kaitan dengan Sungkai,Perak?), ada hantu Melayu (mungkin berkeris
sepanjang masa) dan hantu belian atau hantu harimau(Siluman Harimau).
Ada lagi nama hantu pelik, iaitu Kemala Ajaib dan israng yang tugasnya
menjaga Raja Ngah, pawing diraja tadi. Dalam diri sudah ada qarin,
ditambah dua ekor lagi pengawal peribadi. Hebat tu!
Terlanjur
sembang fasal hantu, saya nak kutip sedikit cerita di Negeri Kedah pada
zaman Barisan Nasional memerintah. Ada projek di bawah Perbadanan
Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berkaitan dengan ikan dan laut. Sekumpulan
kaki tangan PKNK dan pakar runding dari Jepun menghadapi masalah untuk
meneruskan projek gara-gara gangguan Jembalang Laut. Ketika kaki tangan
dan pakar dari Jepun itu buat kajian di lapangan, mereka diganggu oleh
beberpa ekor lembaga besar, muncul dari permukaan Laut Selat Melaka, bot
yang mereka naiki hampir nak karam, ikan yang dijaring pun tak timbul
langsung, dek gangguan Jembalang Laut ini.
Nah,
apa sudah jadi? Pengurus Projek terpaksa memanggil Bomoh Puaka. Bomoh
tu bukan puaka, tetapi dia pakar dalam bahagian kepuakaan. PhD dalam
bahagian kepuakaan jenis kejembalangan dari sebuah perguruan mistik masa
dulu. Bomoh Puaka tu kata, jembalang yang pegawai PKNK lihat tu memang
wujud, ada empat ekor, besar-besar, mak oi! Maka satu perjanjian pun
dibuat antara pihak Pengurus Projek dengan Jembalang. Bagaimana rupa
perjanjian itu, entahlah. Mungkin ditulis bahawa pihak pertama adalah
JEMBALANG LAUT EMPAT EKOR dan pihak kedua Pengurus Projek tadi. Bahawa
perjanjian ini dibuat di ... pada sekian tarikh...menyebut perkara
pertama, pihak kedua berjanji akan mempersetujui untuk menyembelih
seekor lembu setiap tahun, dengan syarat pihak pertama memenuhi janjinya
tidak mengganggu projek tersebut dijalankan selama mana syarat yang
ditetapkan itu dipenuhi, iaitu setiap tahun seekor lembu hendaklah
dijamukan kepada pihak pertama. Begitulah agaknya bunyi perjanjian
manusia dengan syaitan ini. Ustaz, apa hukumnya ustaz orang buat
perjanjian dengan syaitan? [baca Prinsip dan Amalan Dalam Perubatan Melayu (2005: 152)].
Baiklah,
sekarang saya nak sentuh toyol pula. Ia adalah mahkluk halus yang
menyerupai kanak-kanak, bogel, kepala botak, mata terbelalak. Kerjanya
curi duit secara berhemah. Kanak-kanak bernama Yol ini kalau ada duit
merah sepuluh keeping, dia ambil empat keeping atau tiga keeping sahaja.
Dia ada timbang rasa keperitoyolan. Anak kecil yang telanjang bulat dan
botak kepalanya ini bertugas untuk tuannya dengan jujur. Dia tak reti
hendak songlap duit. Padahal kalau dia ambil empat puluh, dia boleh bagi
kepada tuannya dua puluh ringgit sahaja, dua puluh dia simpanlah di
tempat lain. Toyol ini lebih baik daripada manusia Melayu yang tidak
amanah, selalu pecah amanah, rasuah, buat pakatan kenakan orang dan
macam-macam hal. So, sudah tiba masanya kaita belajar falsafah hidup Si
Toyol yang amanah ini, asalkan cukup diberi makan dan minum oleh tuannya
termasuk isteri tuannya, berupa susu dan darah manusia. Nama pun
syaitan kan? Syaitan gondol.
Dalam
buku tadi (2005: 153) ada menyebut kisah toyol. Buku terbitan Penerbit
Universiti Malaya ini menyebut, toyol adalah sejenis semangat yang
sering mengganggu manusia. Ia tidak menyebabkan penyakit, tetapi orang
susah hati kerana duit banyak yang hilang secara diam-diam. Untuk
memerangkap toyol, ada banyak versi sebenarnya. Salah satunya gunakan
kacang hijau, taburkan kacang hijau di atas talam, dan letakkan di
tempat laluan toyol. Pada pukul 2.00 atau 3.00 pagi toyol akan dating,
walau tak kelihatan, akan kedengaran kacang hijau itu berbunyi
digerakkan oleh tangan toyol. Suruh toyol di atas talam itu ambil ketam,
sediakan ketam nipah, buka penyepitnya, suruh dia ambil ketam tu,
jangan ambil duit. Tentu toyol akan cabut. Dia lagi takut tengok ketam
nipah dengan sepit yang besar itu. Ini semua kisah penyendal cerita
mistik. Kata Ustad Safwan Fathi, ada orang pergi Makkah bawa toyol
dengan cara kutip cucuk satey Arab. Tak kan nak pergi haji pun fikir
fasal toyol? Kalau dah orang Nusantara, pergi haji pun ingatkan benda
mistik. Betul tak? Di Jawa pula ada pokok yang didiami oleh toyol. Jumpa
penjaga pokok itu seorang perempuan berumur, Mbok Minah ke siapa? Boleh
bincang hendak toyol kelas 1, kelas 2 atau kelas 3. Bukankah aneh
bunyinya. Tetapi inilah kisah toyol yang dilaporkan dalam media tempatan
di sana. Ada pula yang kata, untuk mencari toyol lakukan dengan
bersemedi di tempat-tempat angker. Ini adalah amalan Kejawen. Orang
Melayu di luar Jawa tidak reti ritual ini semua. Memelihara toyol tidak
susah, cukup dengan menyediakan tempat tidur dan memberi makanan dan
minuman. Kalau kenyang, dia pun ghairah curi duit orang. So, "Selamat
mencuri kepada Si Toyol."
Lelembut
(perkataan ini adik saya pernah tanya, apa maksudnya?) Lelembut ini
adalah makhluk halus yang sering mengganggu, merosak, membuat sakit dan
konon boleh membawa maut. Lelembut merasuk orang sehingga jadi sakit,
gila, bahkan meninggal, melalui badan seseorang inilah lelembut akan
menyampaikan keinginannya. Jelas ini salah satu cara tipu daya syaitan.
Akhirnya manusia ikut cakap lelembut, tunaikan permintaanya, banyak
lemaklah si lelembut ini. Kerasukan lelembut kata orang boleh dibezakan,
ada dengan cara kesurupan, kampir-kampiran, kampel-kampelan,
kesyaitanan, gangguan jin dan kemongmong. Nama-nama pelik ini ada kaitan
dengan makhluk halus.
Memedi
atau medi satu lagi nama hantu yang jarang kita sebut, tetapi orang Jawa
suka menyebutnya untuk menakut-nakutkan anak mereka. Konon medi sering
kali menampakkan wujudnya dan suka menakut-nakutkan budak. Ada banyak
mahkluk halus yang termasuk dalam jenis memedi, iaitu banaspati, jin,
wewe, genderuwo, peri, jerangkung, wedon, buto, tetekan dan gundul
peringis (dahlah botak tersengih pula). Jerangkung wujud dalam bentuk
rangka tulang manusia. Wedon berupa mayat berbalut kain kafan. Banaspati
makhluk halus yang berjalan dengan kedua tangannya, sambil mulutnya
menyemburkan api, wajahnya terletak pada tempat alat kelamin. Sundel
Bolong pula adalah wanita cantik yang punggungnya berlubang ditutup
rambut panjang, penggoda dan perayu jantan, setelah dapat pasangan
kerandut buah zakar jantan tadi akan dipicit sekuat hati, melolonglah si
jantan dengan tiba-tiba. Genderuwo sering berubah rupa, ada yang
menjadi manusia, menyamar sebagai seorang suami dan menggauli seorang
wanita (isteri yang sedang ditinggal suaminya). Genderuwo berada di
tempat-tempat gelap, lorong sempit, jalan mati dan tandas awam yang
sepi. Dia serupa hantu raya yang boleh menyamar.
Nyi
Roro Kidul dari Istana Pantai Selatan menunggang kereta kuda kencana,
diiringi pasukan berkuda dari dasar samudera. Mata biasa hanya akan
melihat kemunculannya sebagai ombak tsunami. Pendaki yang sering
menginap di Alun-alun Surya Kencana juga sering mendengar derap kuda
pasukan Pangeran Surya Kencana. Bila pendaki mendengar suara kuda
sebaiknya jangan dihiraukan, namun bila pendaki semakin penasaran dan
ingin mendengar suara kuda lebih jelas, maka akan muncul penampakan
kuda-kuda, selanjutnya para pasukan Pangeran Surya Kencana akan
menampakkan diri di atas kuda-kuda tersebut. Bila hal ini terjadi maka
pendaki tersebut akan terbawa ke alam gaib.
Di
dunia ini sebenarnya memiliki tujuh macam alam kehidupan, termasuk alam
yang dihuni oleh manusia. Masing-masing Alam ditempati oleh bermacam-
macam mahkluk. Mahkluk-mahkluk dari tujuh alam tersebut, pada prinsipnya
mereka mengurusi alamnya masing-masing, aktivitas mereka tidak
bercampur, setiap alam mempunyai urusannya masing-masing. Dari tujuh
alam itu hanyalah alamnya manusia yang mempunyai matahari dan
penduduknya yang terdiri dari manusia, binatang dan lain-lain mempunyai
badan jasmani.
Penduduk dari 6
alam yang lain mereka mempunyai badan dari cahaya ( badan Cahya ) atau
yang secara populer dikenal sebagai mahkluk halus, mahkluk yang tidak
kelihatan. Di 6 alam itu tidak ada hari yang terang berderang karena
tidak ada matahari. Keadaannya seperti suasana malam yang cerah dibawah
sinar bulan dan bintang-bintang yang terang, maka itu tidak ada sinar
yang menyilaukan seperti sinar matahari atau bagaskoro ( Jawa halus )
Ada
2 macam mahkluk halus yakni Mahkluk halus asli yang memang dilahirkan
sebagai mahkluk halus, dan Mahkluk halus yang berasal dari manusia yang
telah meninggal. Seperti juga manusia ada yang baik dan jahat, ada yang
pintar dan bodoh. Mahkluk-mahkluk halus yang asli mereka tinggal di
dunianya masing-masing, mereka mempunyai masyarakat maka itu ada mahkluk
halus yang mempunyai kedudukan tinggi seperti Raja-raja, Ratu-ratu,
Menteri-menteri dll, sebaliknya ada yang berpangkat rendah seperti
prajurit, pegawai, pekerja dll.
Alam Gaib atau Alam Mahkluk Halus yang tidak kelihatan oleh mata manusia biasa:
Merkayangan
Kehidupan di saluran ini hampir sama seperti kehidupan di dunia
manusia, kecuali tidak adanya sinar terang seperti matahari. Dalam dunia
merkayangan mereka merokok, rokok yang sama seperti dunia manusia,
membayar dengan uang yang sama, memakai macam pakaian yang sama, ada
banyak mobil yang jenisnya sama di jalan-jalan, ada banyak pabrik-pabrik
persis seperti di dunia manusia. Yang mengherankan adalah, mereka itu
memiliki tehnologi yang lebih canggih dari manusia, kota-kotanya lebih
modern ada pencakar langit, pesawat-pesawat terbang yang ultra modern
dll. Ada juga hal-hal yang mistis di dunia Merkayangan ini,
kadang-kadang bila perlu ada juga manusia yang diundang oleh mereka
antara lain untuk : melaksanakan pertunjukkan wayang kulit, menghadiri
upacara perkawinan, bekerja di batik, rokok dan manusia-manusia yang
telah melakukan pekerjaan di dunia tersebut, mereka itu dibayar dengan
uang yang syah dan berlaku seperti mata uang di dunia ini. Siluman
Mahkluk halus ini tinggal didaerah yang ber air seperti di danau-danau,
laut , samudera dll, masyarakat siluman diatur seperti masyarakat jaman
kuno. Mereka mempunyai Raja, Ratu, Golongan Aristokrat, Pegawai-pegawai
Kerajaan, pembantu-pembantu, budak-budak dll. Mereka itu tinggal di
Keraton-keraton, rumah-rumah bangsawan, rumah-rumah yang bergaya kuno
dll.
Kalau orang pergi berkunjung
ke Yogyakarta atau jawa Tengah, orang akan mendengar cerita tentang
beberapa siluman antara lain : Kanjeng Ratu Kidul – Ratu Laut Selatan,
Ratu legendaris, berkuasa dan amat cantik, yang tinggal di istananya di
Laut Selatan, dengan pintu gerbangnya Parangkusumo. Parangkusumo ini
terkenal sebagai tempat pertemuan antara Panembahan Senopati dan Kanjeng
Ratu Kidul, dalam pertemuan itu, Kanjeng Ratu Kidul berjanji untuk
melindungi semua raja dan kerajaan Mataram. Beliau mempunyai seorang
patih wanita yang setia dan sakti yaitu Nyai Roro Kidul, kerajaan laut
selatan ini terhampar di Pantai Selatan Pulau Jawa, di beberapa tempat
kerajaan ini mempunyai Adipati. Seperti layaknya disebuah negeri kuno di
kerajaan laut selatan ini juga ada berbagai upacara, ritual dll dan
mereka juga mempunyai angkatan perang yang kuat. Sarpo Bongso-Penguasa
Rawa Pening. Sebuah danau besar yang terletak di dekat kota Ambarawa
antara Magelang dan Semarang. Sarpo Bongso ini siluman asli, yang telah
tinggal di telaga itu untuk waktu yang lama bersama dengan penduduk
golongan siluman. Sedangkan kanjeng Ratu Kidul bukanlah asli siluman,
beberapa abad yang lalu beliau adalah seorang Gusti dikerajaan di Jawa,
tetapi patihnya Nyai Roro Kidul adalah siluman asli sejak beberap ribu
tahun yang lalu.
Kajiman Mereka
hidup di rumah-rumah kuno di dalam masyarakat yang bergaya aristokrat,
hampir sama dengan bangsa siluman tetapi mereka itu tinggal di
daerah-daerah pegunungan dan tempat- tempat yang berhawa panas. Orang
biasanya menyebut merak Jim. Demit Bangsa ini bertempat tinggal di
daerah-daerah pegunungan yang hijau dan lebih sejuk hawanya, rumah-rumah
mereka bentuknya sederhana terbuat dari kayu dan bambu, mereka itu
seperti manusia hanya bentuk badannya lebih kecil. Di samping masyarakat
yang sudah teratur seperti Merkayangan, Siluman, Kajiman, dan Demit.
Masih ada lagi dua Alam lainnya, secara singkat kedua masyarakat alam
itu adalah untuk mereka yang jujur, suci dan bijak. Mahkluk halus yang
tidak sempurna Disamping tujuh macam alam permanen tersebut, ada sebuah
saluran yang terjepit, dimana roh-roh dari manusia-manusia yang jahat
menderita karena kesalahan yang telah mereka perbuat pada masa lalu,
ketika mereka hidup sebagai manusia. Suara desisan di puncak-puncak
gunung adalah suara roh-roh yang sedang menderita siksaan.
Hubungan Manusia dan Makhluk Halus
Selamatan sering diadakan untuk menghormati dan sebagai rasa terima kasih kepada roh leluhur misal upacara Bersih Desa. Setiap 1 Suro beberapa masyarakat gunung sering memberi sesaji keselamatan berupa kepala kerbau yang ditanam di puncak atau di kawah. Upacara Ritual di Gunung BromoSesaji kepada roh leluhur masyarakat Bromo terkenal dengan upacara Yadnya Kasada. Manusia juga sering memberi sesaji kepada mahkluk halus agar terhindar dari berbagai gangguan, sesaji pada umumnya berupa makanan, minuman, bunga, uang, rokok, kadang pakaian, ada juga yang memberi sesaji minuman keras yang memabokkan. Untuk menghindari gangguan Makhluk Halus kadang manusia membuat rintangan dengan membuang buah-buahan yang berbau busuk atau bau-bauan lain yang tajam. Manusia juga sering minta pertolongan mahluk halus di gunung-gunung tertentu, untuk berbagai keperluan misal minta keselamatan, kekayaan, kenaikan pangkat, penglarisan, jodoh, dll. Mahkluk halus yang baik sering memberi pertolongan kepada pendaki gunung yang tersesat dengan menyamar menjadi binatang misalnya burung. Di gunung Sumbing konon pendaki yang ketinggalan temannya akan ditemani oleh sesosok orang yang sebaya dengan pakaian putih.
Ada sembilan macam
mahkluk halus yang katanya, suka menolong " manusia supaya menjadi kaya
dengan kekayaan meterial yang berlimpah (Pesugihan). Pemujaan
terhadapkesembilan mahkluk jahat itu merupakan kesalahan fatal, mereka
itu bila dilihat dengan mata biasa kelihatan seperti :Argodalem di
puncak Gunung Lawu, Jaran Penoreh atau kuda yang kepalanya menoleh
kebelakang, Srengara Nyarap atau anjing menggigit, bulus Jimbung atau
Bulus yang besar, Kandang Bubrah atau kandang yang rusak, Umbel Molor
atau ingus yang menetes, Kutuk Lamur atau sebagsa ikan yang
penglihatannya tidak terang, Gemak Melung atau burung gemak yang
berkicau, Codot Ngising atau kelelawar berak, dan Bajul Putih atau
buaya putih.
Beberapa gunung
terkenal sebagai tempat untuk mencari Pesugihan (kekayaan), pangkat,
penglarisan, dll. Hal ini biasanya terjadi karena dahulunya di gunung
tersebut terdapat tempat- tempat yang pernah dihuni, dipakai bertapa,
atau tempat mokswa tokoh-tokoh terkenal. Mokswa adalah tingkatan
kesempurnaan hidup yang tertinggi dimana manusia menghilang bersama roh
dan raganya. Mahkluk halus yang jahat sering kali mengganggu manusia,
menculik manusia, membuat orang sakit, bahkan bisa membuat orang
meninggal. Kehadiran Mahluk halus biasanya ditandai dengan adanya bau
misalnya; campuran bau badeg, bacin dan langu; bau rebusan kentang
bercampur bawang merah busuk; atau bau wangi yang merangsang hidung.
Kehadiran Mahkluk Halus kadang ditandai dengan bertiupnya udara dingin
yang membuat bulu kuduk berdiri atau udara berasap semacam kabut. Gejala
alam yang muncul kadang menjadi tanda kehadiran mahkluk halus, seperti
angin kencang, petir, cahaya, bayangan, api, dll. Seringkali mahkluk
halus hanya kedengaran suaranya tanpa ujud.
Manusia
dapat melakukan perkawinan dengan mahkluk halus. Raja-Raja Jawa
terkenal dengan beristrikan Kanjeng Ratu Kidul yakni mahkluk halus
penguasa Laut Selatan. Pendaki yang bermalam di gunung Argopuro sering
berjumpa dan tidur bersama dengan wanita cantik pengawal Dewi Rengganis
(Penguasa mahkluk halus Gn.Argopuro) Anak hasil perkawinan antara
manusia dan mahkluk halus biasanya menjadi mahkluk halus. Bila seorang
wanita (manusia) hamil hasil perkawinan dengan mahkluk halus, maka
ketika lahir bayinya akan hilang perutnya tiba-tiba mengecil.
Gangguan Manusia kepada Mahkluk Halus
Kehadiran manusia di tempat-tempat yang dihuni mahkluk halus kadangkala menimbulkan gangguan bagi mahkluk halus, oleh sebab itu sebaiknya manusia minta ijin (permisi) terlebih dahulu bila memasuki wilayah mereka. Bau-bauan sering mengganggu mereka, untuk itu seorang pendaki jangan sembarangan buang air. Bau rokok dan minuman keras dapat membangunkan mahkluk halus yang sedang tidur. Suara gaduh juga bisa membuat marah mahkluk halus. Pendaki yang iseng memindahkan atau merusak tanaman atau benda-benda, bisa jadi secara tidak sadar ikut merusak tempat tinggal mahkluk halus. Memindahkan batu besar yang diyakini sebagai tempat tinggal mahkluk halus, kadang kala tidak pernah berhasil, begitu juga dengan upaya menebang pohon besar seringkali gagal, harus dengan disertai upacara membayar ganti rugi, berupa sesaji khusus. Penebangan dan pengrusakan hutan dan pembangunan sarana-sarana kebutuhan manusia secara tidak langsung telah merusak tempat-tempat tinggal mahkluk halus. Sehingga hanya masyarakat mahkluk halus yang tinggal di gunung-gunung dan hutan-hutan, samudera-lah yang masih bisa lestari. Mahkluk halus sebagai penghuni dan penjaga alam bagaimanapun juga harus dihargai sebagai layaknya mahkluk yang lain. Kemarahan mahkluk halus bisa menimbulkan bencana wabah penyakit, tanah longsor, banjir, bahkan gunung meletus.
Bagi pendaki yang
pernah melakukan pendakian seorang diri pasti akan merasakan berbagai
suasana nuansa gaib. Percaya atau tidak dengan alam mahkluk halus,
setiap pendaki tetap harus memahami tempat- tempat yang dianggap sakral
dan angker oleh masyarakat setempat. Setidak-tidaknya bisa membawa
oleh-oleh bahan cerita yang seru tentang gunung yang didaki. Seorang
Pecinta Alam Sejati akan menyapa matahari ketika muncul di ufuk timur.
Hembusan angin kencang dianggap sebagai kejenakaan seorang sahabat,
kucuran hujan deras adalah ajakan alam untuk bermain dan bercanda. Batu
besar atau batang pohon bisa menjadi kawan kita berbicara, Burung -
burung mengajak kita bernyanyi. Alam memang memiliki roh kehidupan.
Pendaki yang ramah dan menghormati Alam, dia akan turun gunung dengan
semangat hidup yang baru yang dipenuhi spirit of the mountain. [MJ].